Saturday, December 20, 2008

Quality of life - public transport

PENGENALAN


MALAYSIA telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara dalam tempoh 1990 hingga 2000 disumbang terutamanya oleh pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat. Penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6 peratus setahun iaitu melebihi purata negara sebanyak 2.2 peratus. Pertambahan ini telah meningkatkan peratusan penduduk Bandar daripada 51.1 peratus kepada 61.8 peratus dalam tempoh tersebut. Perluasan kawasan bandar serta pertumbuhan bandar baru dan bandar perindustrian satelit telah juga menyumbang kepada proses pembandaran ini. Proses pembandaran telah menjana kegiatan ekonomi baru dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan kebolehcapaian kepada kemudahan sosial yang moden. Kualiti hidup dimalaysia ini dinilai melalui Indeks Kualiti Hidup Bandar di Malaysia. INDEKS Kualiti Hidup Bandar di Malaysia (IKHBM) telah dirangka untuk mengukur perubahan kualiti hidup di kawasan bandar. IKHBM merupakan indeks komposit yang meliputi 12 bidang dan 29 petunjuk bagi tempoh 1990 hingga 2000. Petunjuk-petunjuk tersebut dipilih berdasarkan kepentingan masing-masing dan kewujudan data siri masa serta diberi wajaran yang sama.

Komponen Indeks Kualiti Hidup Bandar di Malaysia

BIDANG PETUNJUK

Pendapatan & Pengagihan

• Pendapatan Per Kapita

• Pekali Gini

• Kadar Kemiskinan

Persekitaran Kerja

• Pertikaian Perusahaan

Kemalangan Perusahaan

Pengangkutan & Komunikasi

• Kereta dan Motosikal Persendirian

• Pengangkutan Awam

• Telefon

Kesihatan

• Kadar Kematian Bayi

• Nisbah Doktor-Penduduk

Pendidikan

• Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Rendah

• Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Menengah

• Purata Saiz Kelas Sekolah Rendah

• Purata Saiz Kelas Sekolah Menengah

Perumahan

• Nisbah Sewa Purata kepada Pendapatan Isi Rumah

• Nisbah Harga Purata Rumah kepada Pendapatan Isi Rumah

Alam Sekitar

• Indeks Kualiti Sungai

• Sisa Pepejal Per Kapita

Kehidupan Keluarga

• Perceraian

• Saiz Isi Rumah

Keselamatan Awam

• Jenayah

• Kemalangan Jalan Raya

Penyertaan Masyarakat

• Pertubuhan Sukarela Berdaftar

• Ahli Rukun Tetangga

• Pengundi Berdaftar

Kebudayaan & Liburan

• Keahlian Perpustakaan

• Kelab Sukan dan Rekreasi

Perkhidmatan Bandar

• Perbelanjaan Perkhidmatan Sosial

• Perbelanjaan Terhadap Lanskap

Pengangkutan awam di Bandar.

Disini saya akan membincangkan tentang kualiti hidup dan hanya akan memfokuskan tentang pengangkutan awam sahaja. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter, monorel dan macam-macam lagi. Tujuan diadakan pengangkutan awam ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri dan juga untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memperbaiki tahap pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Sistem Pengangkutan Bersepadu di Kuala Lumpur. Pelbagai langkah dilakukan untuk memperbaiki tahap pengangkutan awam di Kuala Lumpur, antaranya ialah :

• Dua buah konsortium telah ditubuhkan pada tahun 1994 melalui penggabungan lapan buah syarikat bas KualaLumpur untuk memperbaiki kecekapan, ketepatan dan kualiti perkhidmatan. Ini meliputi pertambahan bilangandan memperbaiki reka bentuk bas untuk kemudahan dan keselesaan. Di samping itu, rasionalisasi laluan telahjuga dilaksanakan;

• Sistem LRT I (LRT STAR) telah memulakan operasi pada Disember 1996 di antara Sri Petaling dan Ampangke Sentul;

• Sistem LRT II (LRT PUTRA) telah memulakan operasi pada September 1998 di antara Kelana Jaya danGombak;

• Express Rail Link (ERL) daripada KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL telah memulakanoperasi pada April 2002;

• KL Monorel;

• Kajian Strategi Pengangkutan Bandar Bersepadu bagi Memperbaiki Alam Sekitar telah siap pada Februari1999. Langkah segera yang telah diambil untuk mengurangkan kesesakan bandar dan meningkatkan kualitiudara termasuklah larangan meletak kereta di tepi jalan, bayaran letak kereta yang berbeza, jalan sehala,

meningkatkan kemudahan laluan pejalan kaki, memperbaiki sistem jalan raya, lorong khas bas, laluan kontra dan larangan kenderaan berat memasuki pusat bandar semasa waktu puncak; dan

• Pertukaran dan transit pengangkutan bersepadu seperti pertukaran antara LRT STAR dan LRT PUTRA diStesen Masjid Jamek, pertukaran antara LRT STAR, ERL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad di Stesen BandarTasik Selatan dan kemudahan bersepadu bagi sistem rel, bas dan teksi di KL Sentral. Apabila beroperasisepenuhnya, KL Sentral akan dilengkapi dengan ERL, LRT PUTRA, KL Monorel, bas, teksi dan kemudahan pejalan kaki dan akan menyediakan perhubungan yang licin ke semua kawasan kediaman di bandar danpinggir bandar, kawasan perniagaan dan perindustrian. Ia juga akan menghubungkan terus ke Lapangan TerbangAntarabangsa KL, Putrajaya dan kawasan utama di Koridor Raya Multimedia. Di samping itu, ia akanmenyatukan perkhidmatan tren antara bandar dan perkhidmatan komuter berfungsi sebagai sebuah terminal udara di bandar dan dengan itu menjadi hub pengangkutan canggih bagi Kuala Lumpur.


Kajian telah dijalankan di empat buah Bandar besar diseluruh Malaysia iaitu Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Kuching. Pada tahun 1990, purata pengangkutan awam untuk setiap 1000 penduduk ialah 9.6 dan pada tahun 2000 pula, puratanya pula ialah sebanyak 14.7 untuk setiap 1000 penduduk.


Pengangkutan Awam

setiap 1,000 Penduduk

Bandar

1990

2000

Ipoh

4.8

6.3

Johor Bahru

13.9

15.8

Kuala Lumpur

10.5

21.6

Kuching

15.5

12.9

Purata

9.6

14.7

Sumber : Kualiti hidup di Malaysia 2002.

Walaupun jumlah pengangkutan awam dibeberapa buah Bandar di Malaysia meningkat dari tahun 1990 ke tahun 2000, hanya 20% warga kota menggunakan pengangkutan awam berbanding 60% di negar-negara maju. Dipetik daripada ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau lagi, ini ialah tabiat rakyat Malaysia yang lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam. Hal ini disebabkan pengangkutan awam kurang memuaskan dan masih belum memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam aspek sambungan dan ketetapan masa. Pengangkutan awam hanya akan menjadi pilihan semua jika terdapat capaian destinasi yang bagus, perkhidmatan dan perjalanan yang tidak terganggu. Ini merupakan impian semua pengguna pengangkutan awam. Sistem sebegini hanya boleh dicapai jika seorang pengguna dapat menggunakan satu tiket dan boleh memilih perkhidmatan dari pelbagai syarikat.

Pengangkutan awam diluar Bandar.

Keadaan pengangkutan awam diluar Bandar amatlah berbeza jika dibandingkan dibandar-bandar utama. Hal ini kerana, jika dibandar penduduk-penduduk kurang menggunakan pengangkutan awam walaupun sistem pengangkutan awam yang disediakan agak memuaskan. Tetapi jika diluar Bandar, ada dikalangan mereka yang langsung tidak dapat menikmati kemudahan ini. Contohnya, Di Jelebu, Negeri Sembilan. Penduduk disana mendakwa perkhidmatan bas awam sedia ada hanya membabitkan laluan tertentu seperti Jelebu ke Seremban, manakala laluan ke kampung-kampung seperti Simpang Pertang masih belum beroperasi sehingga mereka terpaksa bergantung penuh kepada perkhidmatan ‘teksi sapu

Seorang penduduk, Mohd Ali Zon Sharif, 57, berkata masalah pengangkutan awam di daerah ini sudah lama dan semakin teruk sejak tiga tahun lalu. Beliau berkata, penduduk bukan saja menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti harian mereka, malah turut menyebabkan kawasan pekan Kuala Klawang lengang kerana tidak dikunjungi penduduk sekitar.

“Saya difahamkan, setakat ini bas hanya beroperasi di satu laluan saja iaitu Jelebu ke Seremban sedangkan laluan ke Simpang Pertang dan Chennah tidak ada sedangkan kawasan tersebut mempunyai ramai penduduk.

“Ketiadaan perkhidmatan bas turut menyebabkan kesukaran pelajar untuk ke sekolah pada setiap hari,” katanya, di sini semalam.

Berikutan masalah itu, katanya, kebanyakan penduduk termasuk pelajar sekolah terpaksa mengambil risiko sendiri dengan menunggang motosikal dan dikhuatiri ramai tidak mempunyai lesen memandu.

“Ada antara penduduk kampung yang terpaksa bergantung kepada teksi sapu yang mengenakan kadar sewaan tinggi serta membebankan,” katanya.

Selain itu, beliau berpendapat, sekiranya masalah pengangkutan awam ini dapat diatasi, ia akan menggalakkan penduduk tempatan tinggal di kampung dan bekerja di bandar seperti yang dilaungkan kerajaan sebelum ini.

Bagi Adam Ahmad, 20, beliau turut mengakui perkhidmatan bas awam di sekitar Jelebu masih belum memuaskan dan perlu dipertingkatkan untuk keperluan orang ramai.

Pelajar Kolej Komuniti Jelebu dekat Titi itu berkata, walaupun ada antara laluan yang mempunyai perkhidmatan bas tetapi kekerapannya tidak menentu sehingga memaksa mereka menunggu lama.

“Pernah kami terpaksa menunggu sehingga hampir dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan bas ke Titi. Secara purata kami terpaksa menunggu sekitar 45 minit untuk satu bas,” katanya.

Sementara itu, Khairol Yazid, 32, pula berharap masalah pengangkutan awam yang membabitkan penduduk sekitar Jelebu ini diatasi dengan segera bagi memastikan aktiviti seharian penduduk di situ tidak terjejas.

“Saya memohon pihak yang berkenaan untuk mengkaji dengan segera masalah pengangkutan awam ini kerana Jelebu kini semakin membangun dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan rugi jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini,” katanya.

Di Tampin Negeri Sembilan pula, Kekurangan bas di daerah ini menyusahkan penduduk yang menggunakan perkhidmatan terbabit untuk ke destinasi masing-masing.

Menurut mereka, masalah itu menyebabkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri di sesetengah tempat menghadapi kesukaran untuk menuju ke tempat yang diingini.

Tinjauan mendapati, penduduk memohon pihak bertanggungjawab supaya menambah bilangan bas dan juga destinasi bas terbabit bagi memudahkan orang ramai.

Md Hanafi Md Hanafiah, 24, berkata ketiadaan kenderaan awam telah menyukarkan pergerakan mereka terutama golongan warga emas yang ingin mendapatkan rawatan di bandar.

“Kekurangan perkhidmatan bas ini amat dirasai sehingga ada penduduk di sesetengah tempat terpaksa mencari alternatif lain untuk bergerak ke destinasi masing-masing.

“Malah, ada juga penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa menumpang kereta jiran dan orang tidak dikenali untuk pergi ke kawasan yang mempunyai perkhidmatan awam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu telah menyebabkan ramai penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk pergi ke tempat yang mereka hendak dituju.

“Jika perkara ini tidak diambil perhatian, saya khuatir ia akan mendatangkan masalah besar bagi sesetengah penduduk yang tinggal jauh di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kenderaan sendiri,” katanya.

Bagi Mohd Shafik Rusdi, 27, dia memohon kepada pihak terbabit supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna kenderaan awam berkenaan.

“Kami semua mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan tetapi kalau perkhidmatan bas yang sepatutnya memudahkan orang ramai tidak mencukupi, susahlah kami,” katanya.

Kesimpulannya, Semua ini menunjukkan bahawa kualiti hidup di Malaysia dalam bidang pengangkutan awam di kawasan luar Bandar masih lagi dalam keadaan yang teruk dan mesti diperbaiki. Di kawasan Bandar pula, walaupun terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam, tetapi ianya tidak efektif maka, kualiti hidup dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia masih lagi berada ditahap yang rendah.

No comments: